Want your
own Fotopage?






 
Photobucket
Your Wedding Planner - Merealisasi Impian Setiap Pengantin
By: ISHA Boutique Beauty N Bridal House

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 16-Jan-2009 08:26 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Uda & Angah @ Damansara

Pelamin Uda & Angah
Uda - Semasa Majlis Nikah
Uda - Di majlis Sanding
View all 4 photos...
Hi all,

Sebelum saya ceritakan tentang Majlis Perkahwinan 2 pasangan adik beradik nie Uda & Angah... Ingin saya berkongsi dengan anda semua tentang "sumbody" yang lately nie agak keterlaluan memburukan imej ISHA BUTIK.... Saya sedar tentang perkara nie tapi saya cuba untuk amik mudah dengan sikap " sakit jiwa" sumbody nie.....

Sikap tidak profesional Sumbody nie telah memburukan nama ISHA BUTIK didalam fotopages butik lain telah memberikan effect tidak elok pada imej ISHA Butik... Tapi saya bernasib baik kerana owner butik itu paham dengan situasi yang saya hadapi... Walau pun saya tahu siapa Sumbody yang telah memburuk2 kan ISHA BUtik tapi saya serahkan pada Allh s.w.t untuk membalasnya.... dia bukan lah pelanggan kami tapi cuma jiran kami yang langsung tidak ada kena mengena dengan line Butik Pengantin... tapi biasa la adat manusia yang tak boleh lihat org lain lebih berjaya....

Disini saya ingin menjelaskan kami di ISHA BUTIK tidak pernah overshadow fotopages butik lain untuk
mempromosi Butik kami.... dalam erti kata mengacau biz org lain untuk kepentingan kami... sekiranya
anda terbaca itu bukanlah dari kami tetapi dari Sumbody yang mengunakan nama & email address kami dengan niat untuk menjatuhkan nama baik kami.....

OK.... sekarang wedding story plak.... Majlis perkahwinan di antara UDA & Husband and her sister ANGAH & Husband diraikan penuh meriah di Damansara pada 21hb Dec 2008....
Majlis akad nikah kedua pasangan adik beradik nie berlangsung pada 20hb Dec 2008 di masjis Gombak....

Pada UDA & ANGAH and her beloved husband kami di ISHA Butik mengharapkan yang terbaik untuk kalian dan berharap kalian berpuas hati dengan apa yang kami hasilkan....

Pelamin : ISHA BUTIK
Busana Pengantin : ISHA BUTIK
Make Up : Lina & Eisya dari ISHA BUTIK ( 019 2846546 & 019 3619236 )

Note : Gambar nie kami snap dari kamera sendiri, so hasilnya tak sehebat dari photographer
proffesional......

assalamualaikum buat k.isha & lina. smoga semua berbahagia disamping keluarga tercinta. Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih diatas segala kerja keras sepanjang majlis adik2 sy. Alhamdulillah semuanye berjalan lancar & amat2 memuaskan hati kami sekeluarga. Saya mohon maaf jika gambar masih belum sampai ke simpanan k.isha utk simpanan isha butik. masing2 lepas kenduri agak sibuk. sy sendiri tak ada salinan gambar semasa majlis. apa2 pun skali lagi sy ucapkan terima kasih pd k.isha, lina & kru isha butik kerana sudi menjayakan majlis adik2 sy, Smoga Isha Butik terus maju.Amin.. Along Thu 7-May-2009 10:47
Posted by:lieza lieza_j@yahoo.com
Wlam Along,
Thanks a lot for the support..... Kami di ISHA Butik lega sgt2 seandainya hasil kerja kami dapat memuaskan hati Along sekeluarga..... Seperti mana tag line kami " Merealisasi Impian Setiap Pengantin" ...
Kalu Along free datang la kat butik... lama tak jumpa....
Fri 22-May-2009 06:19
Posted by:ISHA Butik
Add comment


Wednesday, 14-Jan-2009 05:17 Email | Share | | Bookmark
Pink Thema - Majlis Perkahwinan Intan & Iwan

Intan bersama teman
seri pengantin
Pelamin di rumah intan
View all 7 photos...
Pink & White Thema.... very very nice color to view... nampak soft, nice & elegant!!
seperti pengantin nya jugak!!!

This wedding event was held at Taman Kinrara Puchong, pada 28th December 2008. Kami di ISHA BUTIK ditugaskan menata rias Pelamin , Bilik Tidur, Stair deco dan Make Up.. Kami juga menata rias pelamin di sebelah pihak lelaki @ klang bertema kan Putih dan hijau ala garden......

Pada Pengantin Intan & Iwan, happy honeymoon & take care k......

Pelamin : ISHA BUTIK
Bilik Tidur : ISHA BUTIK
Stair Deco : ISHA BUTIK
Make Up : Lina dari ISHA BUTIK ( 019 2846546 )


aslm..
hai kak lina..

nak tanye.. klo ambil pakej.. make up2x, baju penganting L/P, pelamin, bilik tido, n fotografr..
bape ye?
rumah sy di puchong..

n akak boleh tak send kat sy pakej2 yg akak tawarkan.
Wed 25-Mar-2009 07:08
Posted by:Zura sulaman_ratu@yahoo.com
Wslam Zura.....
Untuk pertanyaan Zura akak dah reply n akak attach skali pakej2 perkahwinan yang terdapat di ISHA Butik...
So check it out your email box......
Wed 25-Mar-2009 15:53
Posted by:ISHA Butik isha_3b@yahoo.com
kak, boleh saya dapatkn quotation utk 2xmake up (nikah+sanding), pelamin + dekorasi utk fresh flower (dewan)
n akak amik x utk tempahan baju pengantin baru
boleh bg sy skali utk pakej t'baru
Wed 6-May-2009 09:10
Posted by:alyne haslinda@fpsoventures.com
Add comment


Tuesday, 13-Jan-2009 04:37 Email | Share | | Bookmark
Red Chili & White Thema - MMU Cyberjaya

Before
After
Pelamin Fresh Flower
View all 9 photos...
This wedding between Titi & Isa was held in Multimedia University Cyberjaya, 6th December 2008. It was last year event and it took me a few weeks to upload the picture...hehehehe ...maybe was waiting for the right time the right moment.. and i guess now is the best time.

I was lucky to get full cooperation from her parents.. Titi is so lucky to have her mother preparing all the things for her, she's soooo nice and i enjoyed myself each time we discuss for all the things needed for the deco. Her taste is more or less the same as mine and it really made my job easier.

Red Chili & white was picked as the theme color and ISHA Butik telah dilantik sebagai wedding planner dimana kami telah menyusun atur dan menata rias dari meja beradab, katering, Pelamin, Bilik Tidur,Bunga Pahar for VIP and lots more.. .

Her mother.. really looked forward for something very simple, elegant and yet properly organized. She's willing to do whatever necessary in order to make sure everything is in order. Alhamdulillah the majlis run smoothly and everyones seems happy...the couple esp. hehehe...

Lokasi Majlis : MMU Cyberjaya
Wedding Planner : ISHA BUTIK
Katering : ISHA BUTIK
Busana Pengantin : ISHA BUTIK
Pelamin & Hiasan Bilik : ISHA BUTIK
Make up : ISHA BUTIK

MaHukan buNga pahaR yG KeliHatAn SerBa MewaH Utk MajLis GemiLang Anda? Layarilah ----> http://fieshioda.fotopages.com Thu 12-Mar-2009 08:24
Posted by:aEfie @ AepY  - [Link]
hmm.....kalo wedding yang macam di mmu ini...brape blanje nye???
termasuk full package+majlis resepsi di dewan+berapa persalinan+berapa kali make up?
cz...my hubby rancang nknikah tahun depan bulan 5....so saye rase dah kalut sgt...takot x sempat nkprepare pape!!huhuhu
Wed 25-Mar-2009 04:02
Posted by:maznie maznie_pinkish@yahoo.com
Hai Maznie,
Jgn risau kami di ISHA Butik bersedia membantu Maznie dalam menguruskan Majlis Perkahwinan, Jika Maznie tak nak pening kepala untuk mengurus kerja kawin dari A to Z serah pada kami as your wedding planner...
Saya dah email pada maznie, tentang full package.... Check it out k......
Wed 25-Mar-2009 15:36
Posted by:ISHA Butik isha_3b@yahoo.com
Add comment


Thursday, 30-Oct-2008 11:44 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Hantaran dari ISHA Butik (Majlis Pertunangan NAzrol)

Gubahan Sireh Junjung
Cincin Pertunangan
Foundant Kek
View all 7 photos...
Salam semua,

Hantaran nie dibuat untuk Majlis Pertunangan Nazrol & Fatin (16.08.08 ) .... Thanks Nazrol ! coz bagi sepenuh kepercayaan pada ISHA BUtik untuk menata rias hantaran... 7 Dulang hantaran kami hias mengunakan bunga DIP dari warna light GOLD sempena tema untuk Majlis Pertunangan mereka... Sedikit fresh flower digunakan untuk gubahan buah-buahan....

Walaupun masa yang diberikan agak suntuk tapi kami terima dgn hati terbuka, bayangkan dalam masa seminggu hantaran nie mesti disiapkan!!! agak mencabar memandangkan pd waktu yg sama kami perlu organize majlis perkahwinan di putrajaya... Tp alhamdullilah berkat pertolongan dari kakitangan ISHA Butik semua dapat disempurnakan dangan baik....

p/s pd Nazrol : Email la gambar di majlis pertunangan, leh akak share kat pages nie..... Tocheee

Lokasi : Pandan Perdana
Gubahan HAntaran : ISHA Butik

Care to comment?


Tuesday, 28-Oct-2008 05:01 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Majlis Pertunangan Aireen

Aireen dihari pertunangan
 
 
View all 8 photos...
Gambar pertunangan Aireen nie dari kamera sya sendiri so gambarnya tak sharp
sangat mcm gambar2 dari photographer prof....

Majlis pertunangan Aireen & tunangnya berlangsung pada 25.10.08 bertempat dikediaman parents Aireen di Jalan Melor 3 Sg Kantan Kajang... Dulang berbalas 9 dari pihak perempuan manakala pihak lelaki 7 dulang..

Hantaran dari pihak Aireen digubah sendiri oleh ISHA Butik dengan warna tema Light Yellow... Gambar hantaran tak dapat saya attachkan semua, rasa rugi sangat sbb dia saat akhir bateri kamera plak
low, biasa la dlm keadaan kelam kabut sampai bateri pun lupa nak charge... Kalau Aireen ada melawat pages nie, bolehlah emailkan akak gambar hantaran yang x sempat akak snap!! tochee. tochee

Lokasi : Jalan Melor 3, Sg Kantan Kajang
Busana : ISHA Butik
Make Up Dandanan : Lina dari ISHA Butik ( 019 2846546)
Hantaran : ISHA Butik

Care to comment?


Saturday, 25-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Suriani & Achmat

Suriani berseri dihari bahagia
Bersama suami tercinta
Dihari majlis persandingan
View all 10 photos...
Update time!!!!
Nak tunaikan janji yang agak lama tertangguh....

Actually Majlis Perkahwinan Suriani & Achmad nie berlangsung pada Hari Raya Ke 3 baru baru ini...

Tanggal 03.10.08, maka sah lah Surianni menjadi milik Achmad sepenuhnya.. MAjlis Akad nikah berlangsung di Masjid Machang selepas solat zohor.

Majlis persandingan kedua mempelai ini pula diraikan dirumah Suriani di Machang, mengenakan
BUsana Pengantin berwarna Gold, hit color for this year!!
Di ISHA Butik, warna Gold paling banyak mendapat sambutan dan permintaan dari org ramai....

Last but not least kami di ISHA Butik berharap Su & Acmad berpuas hati dengan hasil kerja kami.. We happy to make you happy

LOkasi : Machang Kelantan
Busana Pengantin : ISHA Butik
Make Up : Lina dari ISHA Butik (019 2846546)
Photographer : MOhd Azman ( Thanks a lot abg Azman coz sudi bagi copy pada saya
tapi lupa lak nak minak no phone )


Care to comment?


Tuesday, 14-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PROMOSI ISHA BUTIK DALAM MINGGUAN WANITA !!!

Mingguan Wanita keluaran 5-11 September 2008
Mungguan Wanita keluaran 7-13 Mac 2008
Salam Semua,

Agak lama tak update pape berita dalam pages ni, bukan apa.. masa tak mengizinkan... Banyak event2 dan gambar gubahan hantaran yang saya nak attach kat pages ni tapi banyak pulak halangannya ....... kalau ada masa free internet lak problem ( asyik tak bleh upload gambar ) time internet ok saya plak tak de masa..

Ni saja yang saya sempat attach kat sini, gambar dari promosi ISHA Butik dalam Majalah Mingguan Wanita keluaran 5-11 September 2008 ( Gmbar depan Datin Alin & Hubby) dan keluaran 7-13 March 2008 ( Muka depan Elyana & Anita)

Untuk pengetahuan anda semua ISHA Butik bukan saja menyediakan pelbagai pakej menarik untuk bakal raja sehari malahan kami juga merupakan stockist ekslusif BML di bandar Kajang!!!!

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhiadmatan kami seperti Treatment Facial, Body Scrub Lulur, Body Mask, Sauana, Mandi Susu, Mandi Rempah dan Mandi Aromaterapi sila la berkunjung ke butik kami.....

Jumpa lagi di lain masa... saya akan cuba attach kan gambar2 terbaru....

Care to comment?


Wednesday, 1-Oct-2008 15:21 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!

 
Kepada Semua,

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta. ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda, ada KHILAF dan DOSA,
Harap diMAAFkan segalanya......

" SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG MULIA"

Ikhlas dari
ISHA BUTIK

Selamat Hari Raya
more updates @ http://daingma.fotopages.com
Thu 2-Oct-2008 19:04
Posted by:unnamed
Add comment


Wednesday, 17-Sep-2008 05:32 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan & Bertandang - Razy & Zai

Zai di majlis bertandang
Ceria dihari persandingan
Sama cantik sama padan
View all 6 photos...
Selamat Pengantin Baru Razy & Zai !!!!

For both of you,
Selamat menempuh alam perkahwinan.... Razy jaga Zai elok2 k...

Majlis Akad Nikah & Bersanding berlangsung pada hari yang sama iaitu pada tarikh keramat 18.08.08 dimana Zai sah menjadi milik Razi sepenuhnya... Majis persanding mengunakan warna biru sebagai tema, dari pelamin, hantaran dan busana pengantin. Majlis bertandang pula berlangsung seminggu selepas bersanding iaitu pada 23.08.08.. Memilih warna tema maroon, Zai dan Razi kelihatan sepadan dengan busana pengantin kebaya & Baju melayu Silang menampakan ciri2 tradisional......

Last but not least thanks a lot coz bagi sepenuh kepercayaan pada ISHA BUTIK untuk menata rias
majlis you all. We happy to make you all happy....

Lokasi : Seri Kembangan (Sanding) & Sentul (Bertandang)
Busana Pengantin ( Sanding & Bertandang ) : ISHA BUTIK
Pelamin ( Sanding @ Sri Kembangan ) : ISHA BUTIK
Make up & Dandanan : Lina dari ISHA BUTIK ( 019 2846546 )
Canopy & Meja Beradab : ISHA BUTIK

hai kak isha & lina..
nk ucap tima kasih bbyk coz jd mak andam majlis kitorg hari tu.. servis amat memuaskan... A++
Sat 20-Sep-2008 02:58
Posted by:zai asyi_asyifa@yahoo.com
Add comment


Monday, 15-Sep-2008 12:42 Email | Share | | Bookmark
Thanks Raihana!!!

Rai di majlis pertunangan
 
Thanks rai bagi akak copy yang dah edit ni.... Lanjutan dari Majlis Pertunangan Rai
di Taman Taming Impian

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.